Monday 23 January 2012

ego

ego bukan yamaha ego tau , haha. ego adalah benda yang semua manusia ada tak kira hang laki ka perempuan cuma bezanya rendah dan tinggi. selalunya ego tinggi ni panas baran and sanggup ja buat apa2 janji dia puas, ego rendah plak jenis tak marah , rilex , cool and sama waktu denganya, nak di jadikan cerita ada la seorang laki ni aku akan jadikan sebagai watak utama sebab aku laki kan so aku guna lelaki la and perempuan ni sebagai utama number 2 , aku akan gunakan laki tersebut sebagai aku orait.

bila first time aku dapat kenal dengan perempuan tu rasa syok gak dapat budak hot kan yalah aku ni bukan hensem pun nak dapat yang hot2 , so aku rilex n cool. so kami pun kenal2 la dulu an, tny la bla bla bla... time tu jugak dia jual mahal sikit, so blas msg pun lebih kurang ja, haha.. bila dah kenal2 pa semua mula la perhubungan(bukan couple) jadi macam mesra gila la.

lepas 3 tahun lalui segala onak dan duri tetiba mula la ada perasaan ego dan jeles yang terlampau kat perempuan ni, aku still rilex apa jadi aku tetap cool. ego dia memang tinggi dengan jelesnya yang terlampau sampaikan aku nak cakap dengan perempuan lain pun dia tak bagi, memang betul2 control aku, so aku susah la nak buat apa pun sebab queen control. aku rasa macam dunia aku ni semua hak dia. pernah la aku couple senyap2 kan dia boleh tau, pergghh.. memang expert aa... aku pun tak tau nak explain macam mana kat dia, kena marah free ja. aku dok rilek tu aa.. kalau dia nak couple tak pa aku dia tak bagi. aku tanya la kenapa aku tak boleh couple sebab dia jeles tak boleh tengok aku bahagia dengan orang lain, macam2 la.

kadang bila aku komen dekat facebook(fb) dengan perempuan lain mesti dia masuk, sebab nak tau aku sembang pa, last2 apa pun tak jadi status aku tulis lain sembang bab lain, aku try tanya dia aku nak couple marah siot tak bagi aku couple, tiba2 1 hari aku tengok kat status fb dia in relationship aku macam biasa la aku jeles gak tapi tak keterlaluan aku lebih selesa diam, kadang2 aku baca status dia dengan bf dia jeles gak nak rasa bahagia kan. so aku nekad nak cari kawan yang boleh faham perasaan aku, alhamdulillah aku dapat jugak kawan yang selalu ada dengan aku, terima kasih kawan.

sejak dia dengan bf dia aku dia lupa, aku sedih gak dia buat macam tu kan, yela orang yang kita sayang pi kat orang lain. walaupun ego dia kuat aku sayang dia, tapi tak tau la dia sayang aku dak, sampai kadang2 aku mesej dia tak blas kan. cinta tu kadang2 pelik, dia mai mengejut, pie pun mengejut. sebenarnya ego rendah lebih baik berbanding ego tinggi, so sesapa yang ego tinggi tu cuba2 la untuk rendahkan, kalau ego rendah vs ego tinggi sudah pasti tinggi menang. tapi cuba hampa bayangkan yang betul2 menang adalah ego rendah sebab dia bersabar dan diam sebab dia syg dan dia terima seadanya sapa pun dalam hidup dia, jadi hampa fikir la sendiri mana baik dan mana buruk. :)) yeahhh check up...

No comments:

Post a Comment